JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes mencuri di pusat beli-belah di Plentong di sini disahkan positif dadah serta memiliki dua rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pada jam 11 malam semalam, ibu pejabat polis daerah Seri Alam mengesan suatu rakaman video tular selama 39 saat yang dimuatnaik menerusi media sosial threads oleh pemilik akaun @nisszzzzz_17.

Beliau berkata, ia memaparkan perselisihan antara dua pihak iaitu seorang individu disyaki mencuri di dalam pusat membeli-belah melalui media sosial threads.

"Satu laporan polis bersabit dengan kejadian terbabit diterima.