KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada polis di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor, semalam, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya. Asisten komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, penahanan itu dibuat susulan maklumat orang awam yang diterima pada kira-kira jam 5.53 pagi."Ketika kereta peronda polis tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Aruz berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berada di tepi Jalan Watan 8 sebelum cuba melarikan diri."Polis bertindak mengejar kereta itu sebelum terbabas ke dalam longkang dan dua suspek yang berada di dalamnya ditahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Terdahulu, dua video yang memaparkan polis menahan suspek di kawasan belakang deretan kedai tular di platform media sosial Threads. Video itu turut memaparkan kabel yang dipercayai cuba dicuri oleh suspek. - Bernama
Dua lelaki disyaki curi kabel ditahan selepas kereta terbabas

Key takeaways
Dua lelaki ditahan selepas kereta mereka terbabas ketika cuba melarikan diri daripada polis di Ampang, Selangor.
- Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam pencurian kabel.
- Kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang semasa dikesan oleh polis.
- Kes disiasat mengikut beberapa seksyen undang-undang termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Curi kabel: Bekas pekerja subkontraktor antara 47 ditahan
- Utusan Malaysia Dua lelaki didenda RM3,000 curi kabel
- Harian Metro 2 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas
- Sinar Harian Dua lelaki disyaki curi kabel ditahan selepas kereta terbabas (this story)








