KUALA LUMPUR: Kerajaan wajar melengkapkan langkah kenaikan pelepasan cukai individu menerusi pengenalan rebat cukai bersasar bagi pembayar cukai berpendapatan rendah dan sederhana, selain meneruskan bantuan tunai kepada isi rumah yang tidak membayar cukai.
Pakar percukaian, Dr Mohd Fairuz A Razak, berkata langkah penambahbaikan itu penting bagi memastikan agihan bantuan dan faedah fiskal dapat disalurkan secara terus kepada kumpulan yang paling memerlukannya.
"Daripada sudut dasar fiskal, kerajaan perlu mengambil kira kemampuan sebenar rakyat untuk membayar cukai memandangkan kenaikan gaji yang sekadar menampung inflasi tidak semestinya menjadikan seseorang itu lebih berada.
"Mulai Tahun Taksiran 2027, langkah penyesuaian pelepasan itu turut disertai pengurangan kadar cukai kepada 18 peratus dan 24 peratus mengikut banjaran pendapatan bercukai tertentu, manakala kadar 30 peratus dikenakan bagi pendapatan melebihi RM1 juta.






