Kuala Lumpur: Polis menahan dua lelaki selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada polis di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor, semalam, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, penahanan itu dibuat susulan maklumat orang awam yang diterima pada kira-kira 5.53 pagi.
"Ketika kereta peronda polis tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Aruz berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berada di tepi Jalan Watan 8 sebelum cuba melarikan diri.
"Polis bertindak mengejar kereta itu sebelum terbabas ke dalam longkang dan dua suspek yang berada di dalamnya ditahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F8bdc0d92e75a29764e28cbb2a10fdb8c.png&w=480&output=webp&q=85&we)