JAKARTA: Hujan lebat berterusan mencetuskan banjir besar di ibu negeri wilayah Sumatera Barat, Padang, yang menyaksikan air beberapa sungai melimpah, semalam.
Pemerintah Kota Padang memaklumkan bahawa banjir menenggelami kawasan kediaman di beberapa daerah meliputi Koto Tangah, Kuranji serta Nanggalo menyebabkan pasukan tindak balas kecemasan bersama digerakkan.
"Keutamaan serta-merta ialah memindahkan mangsa dan memberi bantuan kecemasan kepada semua penduduk yang memerlukan, di samping mengekalkan penyelarasan rapat dengan Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) untuk sokongan lanjut," menurutnya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu Pemangku Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Berton Panjaitan, berkata kira-kira 225 isi rumah terjejas akibat banjir berkenaan, menurut laporan Liputan6, semalam.








