JAMIE Carragher mengkritik Piers Morgan dan Rio Ferdinand susulan tindakan kedua-dua personaliti media itu mempertahankan Cristiano Ronaldo yang mencetuskan kontroversi selepas meninggalkan kem latihan Portugal.Carragher menyifatkan tindakan mempertahankan penyerang berusia 41 tahun itu sebagai sesuatu yang sukar diterima, terutama selepas Ronaldo dilaporkan meninggalkan kem Portugal ketika berdepan konflik dengan pengendali, Jorge Jesus.Ronaldo sebelum ini mencetuskan perhatian apabila bertindak meninggalkan kem skuad kebangsaan ketika kempen Liga Negara-Negara dan berdepan penggantungan daripada skuad Portugal susulan insiden berkenaan."Ini pengajaran untuk pengulas pada masa depan."Orang beranggapan bahawa mempunyai hubungan rapat dengan individu dalam dunia bola sepak merupakan satu kelebihan, tetapi di sinilah ia boleh menjadi masalah."Individu seperti Piers Morgan dan Rio Ferdinand yang mempunyai pengaruh besar dalam media sama ada anda menyukai mereka atau tidak benar-benar memalukan diri sendiri dengan kenyataan yang mereka keluarkan."Mereka mengenali Ronaldo dan mahu mendapatkan temu bual dengannya."Anda boleh mengenali seseorang dan cuba melindunginya tetapi anda tidak boleh mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan," katanya.Dalam rancangan sama, bekas rakan sepasukan Ronaldo di Manchester United, Gary Neville turut mengakui sukar untuk menyokong tindakan pemain itu khususnya selepas kenyataan panjang lebar yang dikeluarkannya bagi menjelaskan keputusan meninggalkan kem Portugal.Neville menegaskan Ronaldo perlu ditegur dan tidak sepatutnya tindakan tersebut diterima tanpa kritikan."Dia perlu ditegur dan diberitahu. Dia tidak akan mendengar kata-kata saya atau kamu (Carragher)."Tetapi saya tidak boleh duduk di sini dan mengatakan bahawa saya bersetuju dengan kenyataan itu atau menganggap tindakannya sebagai sesuatu yang baik untuk dirinya," katanya.Kritikan Carragher itu bagaimanapun pantas mendapat reaksi Morgan yang tidak berdiam diri apabila namanya turut dikaitkan dalam perdebatan berkenaan.Morgan menerusi platform X memberi bayangan akan membalas kenyataan Carragher menerusi rancangan Football Uncensored pada Isnin.Tidak lama kemudian, Morgan kembali menyerang dengan membangkitkan kontroversi membabitkan bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez yang pernah menerima sokongan Carragher ketika berdepan dakwaan melakukan penghinaan berbaur perkauman terhadap Patrice Evra pada 2011."Jadi, Carragher tidak suka saya (dan Ferdinand) mempertahankan rakan kami, Ronaldo."Atau seperti yang dikatakannya, ‘mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan’."Inilah Jamie Carragher yang sama ketika menyokong rakannya, Luis Suarez, selepas dia melakukan penghinaan berbaur perkauman terhadap Patrice Evra," tulis Morgan.Dalam insiden pada Oktober 2011 itu, Suarez didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) atas penggunaan kata-kata berbaur perkauman terhadap Evra.Kontroversi itu turut mengheret Carragher apabila