KUALA LUMPUR - Tiada laporan rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi pada Sabtu, menurut Kementerian Luar.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sedang berhubung dengan beberapa rakyat Malaysia yang terkandas akibat gangguan perjalanan bagi memberikan bantuan konsular yang diperlukan."Rakyat Malaysia yang menetap, sedang dalam perjalanan melalui, atau merancang untuk melakukan perjalanan ke Arab Saudi amat digesa supaya sentiasa berwaspada."Memandangkan gangguan penerbangan masih berterusan, mereka yang mempunyai rancangan perjalanan dalam masa terdekat dinasihatkan supaya mengesahkan status penerbangan masing-masing secara langsung dengan syarikat penerbangan sebelum bergerak ke lapangan terbang," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.Kementerian itu turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya bersedia menghadapi kemungkinan kelewatan atau pembatalan penerbangan, sentiasa mengikuti perkembangan melalui saluran rasmi serta mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Susulan insiden itu, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid.Bagi memastikan komunikasi dapat dilaksanakan dengan segera serta memudahkan penyaluran bantuan konsular, Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia supaya mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my.Bagi mendapatkan bantuan konsular segera atau dalam situasi kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh menerusi talian 00 966 11 488 7098 atau 00 966 11 488 7100 untuk pertanyaan am, talian kecemasan selepas waktu pejabat di 00 966 56 300 6319 atau e-mel mwriyadh@kln.gov.my.Wisma Putra memaklumkan bahawa kementerian itu akan terus memantau perkembangan dengan rapat dan memberikan maklumat lanjut sekiranya perlu.Dalam satu kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan bahawa 12 orang terkorban manakala 309 lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Sabtu.Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan terkorban dalam serangan itu. - Bernama
Tiada rakyat Malaysia terkorban, cedera dalam insiden di Lapangan Terbang Arab Saudi - Wisma Putra

Key takeaways
Tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera dalam insiden di Arab Saudi, menurut Wisma Putra.
- Tiada laporan rakyat Malaysia terkorban atau cedera selepas serangan di lapangan terbang Arab Saudi.
- Kedutaan Malaysia sedang bantu rakyat yang terkandas akibat gangguan penerbangan.
- Rakyat Malaysia digesa berwaspada dan semak status penerbangan sebelum bepergian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Rakyat Malaysia antara ditahan bawa dadah dalam jet peribadi
- Sinar Harian Tiada rakyat Malaysia terkorban, cedera dalam insiden di Lapangan Terbang Arab Saudi - Wisma Putra (this story)
- Free Malaysia Today Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terkorban serangan di Riyadh






