Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia mendaftar dan sentiasa mengemas kini maklumat melalui https://ekonsular.kln.gov.my. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh, Arab Saudi, semalam.

Wisma Putra berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sedang berhubung dengan beberapa rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dan terkandas bagi memberikan bantuan konsular susulan penggantungan sementara operasi di lapangan terbang berkenaan.

"Kementerian Luar sedang memantau rapat situasi susulan serangan terbaharu itu serta laporan sebuah projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fadh di Dammam," katanya dalam kenyataan.