Bekas timbalan pendakwa raya Devanandan S Subramaniam berkata pegawai kastam bertanggungjawab memastikan semua dokumen disahkan sebelum kargo dibenarkan meninggalkan pelabuhan.PETALING JAYA: Integriti dan penguatkuasaan berkesan menjadi kunci membendung penipuan kargo kerana undang-undang semata-mata tidak menjamin barangan dilepaskan mengikut prosedur, kata seorang bekas timbalan pendakwa raya.
Devanandan S Subramaniam berkata kelemahan dalam prosedur pelepasan kastam boleh menyebabkan kargo dilepaskan walaupun dokumen penting berkaitan pemilikan barangan tidak lengkap atau tidak tersedia.
Beliau berkata dokumen seperti borang K1, manifes dan bil muatan perlu disemak sebelum kargo dibenarkan keluar.





