Putrajaya: Pengalaman 34 tahun dalam sektor perbankan mendorong Zainal Abidin Yahya, 74, untuk terus menabur bakti kepada masyarakat khususnya warga emas selepas bersara.
Penerima Anugerah Emas Ikon Putrajaya kategori lelaki itu aktif dalam lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan warga emas, termasuk menerajui Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya sebagai pengerusi.
Zainal Abidin berkata, beliau mula bergiat aktif dalam NGO sejak 2017 kerana mahu menyumbang kepada masyarakat dan membela nasib warga emas.
"Sepanjang menerajui PAWE Putrajaya, saya bersama ahli lain melaksanakan pelbagai program bagi menggalakkan pembabitan aktif warga emas dalam masyarakat.








