LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada keperluan setakat ini untuk membawa pulang penuntut Malaysia yang berada di Arab Saudi susulan insiden serangan di dua lapangan terbang antarabangsa di negara berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keputusan itu dibuat memandangkan majoriti penuntut Malaysia berada jauh dari lokasi serangan, selain laporan semasa mendapati semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, katanya KPT dan Kementerian Luar sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

"KPT sentiasa berhubung rapat dengan Kementerian Luar yang akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini.