KATHMANDU: Sekurang-kurang 40 rumah dan dua jambatan gantung dihanyutkan banjir kilat di kawasan Sungai Kaligandaki dalam daerah Gorkha, Nepal, pagi tadi, lapor Xinhua memetik seorang pegawai tempatan.
Satu kejadian tanah runtuh telah menyekat sungai di Perbandaran Luar Bandar Chumanubri sebelum tercetus banjir kilat apabila halangan itu roboh.
"Sekurang-kurang 40 rumah di lima penempatan berlainan dihanyutkan banjir berkenaan," kata Naib Pengerusi perbandaran itu," Laxmi Gurung
Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.








