KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri, menyifatkan dakwaan seorang remaja lelaki Melayu terbabit dalam ritual keagamaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini sebagai isu serius yang perlu diteliti kerana menyentuh soal akidah umat Islam.
PU Syed berkata, perbuatan yang tular di media sosial itu menimbulkan kebimbangan, terutama apabila kandungan sedemikian tersebar luas dan berpotensi mempengaruhi masyarakat yang kurang mendalami ilmu agama.
Menurutnya, insiden itu mengingatkannya kepada liputan kes ajaran sesat Ayah Pin sekitar tahun 2000, namun penyebaran maklumat melalui media sosial hari ini menjadikan sesuatu isu lebih mudah mendapat perhatian umum dalam tempoh singkat.









