KUALA LUMPUR: Selepas mencetuskan fenomena kehadiran penonton luar biasa pada perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap sambutan sama dapat diulangi pada Grand Prix (GP) Malaysia dari 30 Oktober hingga 1 November ini dengan sasaran kehadiran 200,000 penonton di litar berkenaan.
Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai susulan sambutan memberangsangkan terhadap perlumbaan F1 yang baru sahaja berlangsung di Sepang dan sasaran berkenaan lebih tinggi berbanding kehadiran lebih 190,000 penonton sebelum ini.
Katanya, ini sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap tarikan sukan permotoran dalam kalangan peminat tempatan dan antarabangsa.









