LISBON: Cristiano Ronaldo dijangka kembali menyarung jersi skuad kebangsaan Portugal pada November ini selepas kemelut yang menyaksikan dia meninggalkan kem pasukan akibat perselisihan faham dengan pengendali baharu, Jorge Jesus akhirnya reda.
Ronaldo, 41, sebelum ini dikenakan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF) selepas bertindak keluar daripada kem saingan Liga Negara-Negara, baru-baru ini.
Terdahulu, bintang Al-Nassr itu mengejutkan peminat bola sepak menerusi kenyataan media sepanjang 2,000 patah perkataan yang mendedahkan dia menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Jesus, 72.
Konflik tercetus apabila Ronaldo hanya duduk di bangku simpanan tanpa diturunkan ketika Portugal menewaskan Norway 2-1 sebelum dia didakwa enggan menjalani latihan berikutan isu janji minit permainan yang tidak dikotakan.









