London: Michael Carrick mengakui dia terluka dengan tindakan penyokong Manchester United yang mengejek pasukan itu ketika seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur.

Penyokong United di Old Trafford mula mengejek pada pertengahan babak pertama ketika Tottenham menguasai permainan, sebelum sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hati ketika rehat apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Laungan ejekan turut kedengaran selepas tamat perlawanan susulan gol penyamaan Dominic Solanke pada minit ke-92 yang menyaksikan United hanya meraih satu kemenangan dalam enam aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, permulaan terburuk mereka dalam tempoh 40 tahun.

Penyokong United yang hadir ke tempat lawan juga pernah mengejek keputusan Carrick mengeluarkan Kobbie Mainoo ketika pasukan itu seri 1-1 dengan Fulham tiga minggu lalu.