MANCHESTER: Michael Carrick menegaskan Manchester United perlu lebih bijak mengawal permainan dan memiliki mentaliti lebih kental selepas mensia-siakan kelebihan pada penghujung perlawanan ketika seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur yang beraksi dengan 10 pemain di Old Trafford, awal pagi tadi.

United hanya mengutip enam mata daripada enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, kutipan terendah mereka pada peringkat itu dalam tempoh 30 tahun.

Anak buah Carrick dicemuh penyokong sendiri ketika menuju ke bilik persalinan pada separuh masa pertama dan sebaik tamat perlawanan, selepas Tottenham yang memulakan aksi dari kedudukan tercorot liga mendominasi permainan untuk tempoh yang panjang.