GEORGE TOWN: Ketiadaan pengumuman kenaikan cukai rokok dan tembakau dalam Belanjawan 2027 amat mengecewakan kerana langkah itu dilihat penting bagi membendung tabiat merokok khususnya dalam kalangan remaja dan golongan belia.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. berkata, kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk menangani penyakit berkaitan tabiat merokok, namun tiada kenaikan cukai jualan atau duti eksais rokok diumumkan dalam belanjawan yang dibentangkan kelmarin.

N.V. SUBBAROW Menurutnya, keadaan itu amat mengecewakan ketika kerajaan terus memperuntukkan bantuan kewangan yang besar kepada rakyat bagi tahun hadapan.

“Amat mengecewakan apabila tiada apa-apa diumumkan mengenai kenaikan duti eksais rokok sedangkan kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menangani penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok.