KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu menunjukkan pemulihan agak signifikan apabila dua lokaliti mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sihat, setakat jam 7 pagi ini, berbanding tiada lokaliti di seluruh negara direkodkan dalam kategori itu semalam
Kawasan terbabit ialah Langkawi, Kedah, dengan bacaan IPU 36 dan Balik Pulau, Pulau Pinang (28).
Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut memaklumkan bilangan lokaliti yang merekodkan IPU tidak sihat menurun kepada 19 kawasan berbanding 33 semalam.
Bagaimanapun, Johor kekal negeri dengan paling banyak lokaliti mencatat IPU tidak sihat membabitkan Pasir Gudang (183), Larkin (180), Tangkak (168), Kota Tinggi (167), Segamat (165), Pengerang (162), Kluang (160) dan Batu Pahat (154).








