ISTANBUL: Sekurang-kurang 12 maut, manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan di lapangan terbang utama di ibu negara Arab Saudi, semalam, lapor Anadolu Ajansi memetik pihak berkuasa penerbangan awam.

Pihak berkuasa penerbangan awam memaklumkan bahawa empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin serta Sudan terkorban dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid itu.

Menurut pihak berkuasa itu, mangsa cedera pula sedang menerima rawatan di hospital, dengan beberapa daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Serangan itu turut menyebabkan kerosakan harta benda. Pihak berkuasa masih menjalankan penilaian terhadap kerosakan itu.