PUTRAJAYA: Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MADANI bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara tahun depan adalah simbol penghargaan kerajaan terhadap sumbangan rakyat dalam pembangunan Malaysia sejak merdeka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tujuh dasawarsa itu membawa makna tersendiri kerana kemerdekaan itu sendiri adalah hadiah buat rakyat.

"Tujuh dasawarsa itu sempena merdeka …hadiah buat rakyat," katanya kepada BERNAMA ketika ditanya mengenai simbolik tujuh dasawarsa kemerdekaan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat lalu.

Menerusi belanjawan berkenaan, kerajaan bersetuju menyalurkan BKK sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam daripada Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.