PETALING JAYA – Pelakon Ruhainies tidak akan lagi berdiam diri selepas namanya terus dikaitkan dengan dakwaan kononnya mempunyai hubungan dengan individu kenamaan malah bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.
Ujar Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, dia memandang serius tuduhan berkenaan dan tidak teragak-agak membawa perkara itu ke muka pengadilan sekiranya pihak terbabit gagal memberikan penjelasan sewajarnya.
“Kalau perlu sampai naik mahkamah, saya akan teruskan. Saya akan berjuang sehingga pihak terbabit perlu membayar ganti rugi. Kali ini, saya benar-benar akan bertegas.
“Cuba tengok dalam Threads, sudah penuh dengan tuduhan sama susulan hantaran individu berkenaan. Pasukan saya sudah mengambil tangkap layar semuanya. Peguam saya juga sudah men









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2F8bdc0d92e75a29764e28cbb2a10fdb8c.png&w=480&output=webp&q=85&we)