AMPANG JAYA – Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel berjaya ditahan selepas kenderaan mereka naiki terbabas ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada polis di Jalan Watan 8, Taman Sri Watan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian curi kabel kira-kira jam 5.53 pagi.

“Kereta peronda yang digerakkan ke lokasi mengesan sebuah Perodua Aruz tanpa nombor pendaftaran yang cuba melarikan diri.

“Aksi mengejar berlaku sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam longkang, manakala dua suspek ya