PETALING JAYA – Keadaan jerebu semakin bertambah baik apabila jumlah kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat berkurangan daripada 33 kepada 14 kawasan sahaja, setakat pagi ini.

Menerusi kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kebanyakan stesen di seluruh negara kini menunjukkan pemulihan dengan 50 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana.

Di kawasan terjejas, Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 179, diikuti Larkin (178), Kota Tinggi (165), Tangkak (163), Segamat (161), Pengerang (160) dan Kluang (159).

Sementara itu di Pahang, Balok Baru Kuantan dan Rompin masing-masing merekodkan bacaan IPU 159 dan 152. Bagi Terengganu pula, tiga kawasan terjejas ialah Kuala Terengganu (157), Kemaman (156) dan Paka (144).