SUNGAI BULOH – Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) tahun ini menyaksikan dua filem seram iaitu Malam Terlarang dan Khadam memonopoli pencalonan Top 5 yang masing-masing menerusi 12 kategori.

Malam Terlarang terbitan Astro Shaw tercalon dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Harapan Terbaik (Labu), Pelakon Wanita Terbaik (Shasha Abedul), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Sofia Jane), Pelakon Wanita Harapan (Aila Azizul), Penyunting Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Poster Terbaik, dan Kesan Khas Visual Terbaik.

Filem Khadam pula tercalon dalam Filem Terbaik,Poster Terbaik, Tatarias/Solekan Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik/Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Pembantu Wani