Hampir setiap orang daripada kita memiliki telefon pintar kerana merupakan gajet yang cukup diperlukan pada masa kini. Dalam dunia hari ini yang semuanya di hujung jari, telefon pintar menjadi simbol kehidupan masa kini.

Telefon pintar bukan sahaja menjadi medium komunikasi dan hiburan tetapi juga menjadi status kehidupan. Telefon pintar mempunyai range harga yang luas daripada murah, sederhana sehinggalah mahal mencecah jutaan dolar.

Minggu ini CitaRasa kongsikan lima telefon pintar termahal dunia 2026 seperti yang dikongsikan luxhabitat.ae.

Telefon pintar termahal di dunia adalah bernilai AS$48.5 juta (RM198 juta). Peranti ini diperbuat daripada emas 24 karat dan disinari berlian merah jambu yang besar di belakangnya. Telefon ini juga didatangkan dengan lapisan platinum. Ia merupakan telefon pintar milik Nita Ambani yang dihadiahkan oleh suaminya, ahli perniagaan Mukesh Ambani iaitu lelaki terkaya Asia. Direka oleh Falcon Luxury, telefon itu bagaimanapun cuma dilengkapi ciri kamera 8 megapiksel. Apapun, tahap keselamatan sangat menjadi keutamaan apabila dilengkapi pengimbas cap jari yang tertanam di butang home selain Find My iPhone melindungi data pengguna.