KUANTAN: Seorang pesara guru berusia 65 tahun mengalami kerugian RM1.1 juta selepas terpedaya tawaran pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi TikTok.

Mangsa yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Teknologi itu mengalami kerugian keseluruhan RM1,106,253 selepas membuat puluhan transaksi ke akaun bank berbeza mengikut arahan individu yang mendakwa sebagai ejen pelaburan.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa tertarik dengan tawaran pelaburan berkenaan selepas melihat iklan di TikTok pada 21 Jun lalu.

Katanya, mangsa kemudian berhubung dengan individu yang mendakwa ejen syarikat berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diberikan penerangan mengenai pelaburan saham dan analisis pasaran kewangan.