SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang penunggang motosikal yang hilang upaya kekal dalam kemalangan di lebuh raya pada hari terakhir 2018 mendapat ganti rugi RM1.17 juta selepas mendapati pemandu kereta yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Shoba Dorai Rajah mengetepikan pembahagian liabiliti 70-30 oleh Mahkamah Sesyen yang meletakkan kesalahan sebanyak 70% atas penunggang berkenaan, S Thenesh.
Berdasarkan penilaian Mahkamah Sesyen, Thenesh menerima ganti rugi RM400,000.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAI12_370856.png&w=480&output=webp&q=85&we)