Oleh Hannah Norbaqqa Syarul
KUALA LUMPUR: Sistem pembayaran tol terbuka JustGo yang menggunakan teknologi pengecaman nombor pendaftaran kenderaan secara automatik (ANPR) menunjukkan perkembangan positif selepas dipantau dan diuji di lebuh raya PLUS.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata penggunaan platform itu setakat ini berjalan lancar, sekali gus memberi gambaran positif terhadap penerapan sistem pembayaran tol berasaskan teknologi berkenaan.
Beliau berkata, JustGo kini digunakan sebagai antara platform pembayaran yang diuji di PLUS sebagai sebahagian daripada usaha meneroka kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan lancar kepada pengguna.
"Setakat ini, ia nampak sangat lancar. Kita sudah memahami penggunaannya selama beberapa bulan dan kita melihat sama ada terdapat kelemahan.






