Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berpandangan Tan Cheng Hoe wajar diberi peluang sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun untuk terus membimbing skuad Harimau Malaya.
Jamal menganggap pengendali berusia 58 tahun itu sudah membuktikan kemampuannya apabila memacu skuad negara dengan rekod tanpa kalah dan tidak bolos dalam empat perlawanan pada kempen Piala ASEAN Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini.
Beliau yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menjelaskan, pencapaian itu turut membuktikan bahawa jurulatih tempatan mampu membawa Harimau Malaya ke tahap terbaik sekiranya memiliki 'material' atau pemain yang berkualiti.








