KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan penarafan Tahap 2 bagi tiga tahun berturut-turut dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2026 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS).
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, kedudukan itu mencerminkan pengiktirafan antarabangsa berterusan terhadap daya usaha mampan dan tekal negara membanteras jenayah pemerdagangan orang.
Laporan itu, katanya, mengiktiraf Malaysia dalam kesungguhan memerangi jenayah terbabit dengan antara pencapaian utama direkodkan merangkumi peningkatan keseluruhan usaha penguatkuasaan undang-undang.
"Selain itu, pendakwaan terhadap penjawat awam yang bersubahat dalam jenayah terbabit dan peningkatan peruntukan kewangan kerajaan bagi melaksanakan pengoperasian membanteras pemerdagangan orang.






