MELAKA: Kerajaan negeri memperuntukkan RM700,000 sejak tiga tahun lalu bagi memperkukuh dan memperkasakan gerakan koperasi di Melaka menerusi pelbagai inisiatif serta insentif bersasar.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata peruntukan itu disalurkan menerusi beberapa inisiatif, antaranya Bantuan Pembangunan Ekonomi Koperasi Kariah Masjid Negeri Melaka, Bantuan Pemerkasaan Koperasi Kluster Mikro serta Bantuan Pemerkasaan Koperasi Pelbagai Kluster atau e-Perkasa.
Beliau berkata, menerusi inisiatif itu lebih 50 koperasi menerima manfaat termasuk 16 daripadanya bakal menerima cek cura yang disalurkan menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"Bagi kerajaan negeri, bantuan diberikan tidak boleh sekadar berhenti sebagai angka peruntukan, sebaliknya kita mahu setiap ringgit disalurkan menjadi pemangkin kepada sesuatu yang lebih besar, daripada modal kepada perniagaan, daripada perniagaan kepada pasaran dan akhirnya daripada pertumbuhan itu lahir manfaat yang lebih besar kepada anggota.








