BATU PAHAT: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman pelajar lelaki Tingkatan Empat yang juga suspek kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini Sabtu lalu, disambung enam hari.

Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan sambungan reman ke atas suspek berusia 16 tahun bermula esok sehingga Khamis selepas permohonan reman pertama berakhir hari ini.

Permohonan sambung reman diperlukan bagi membolehkan polis menyambung keterangan daripada suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

© New Straits Times Press (M) Bhd