am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, membenarkan tempoh reman pelajar lelaki tingkatan empat yang juga suspek kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Sabtu lalu, disambung enam hari.

Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan perintah sambung reman terhadap suspek berusia 16 tahun itu bermula esok hingga Khamis ini, selepas tempoh reman pertama berakhir hari ini.

Sambung reman itu bagi membolehkan polis meneruskan siasatan, termasuk merakam keterangan suspek dan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.