BATU PAHAT - Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.Perintah tahanan reman hingga 15 Oktober itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.Sebelum ini, remaja terbabit direman enam hari bermula 4 Oktober lepas bagi membantu siasatan berhubung kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat dan rakan sekelas suspek ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng kira-kira 5.50 petang pada 3 Oktober lepas.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekIrene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan Irene Sofiya kemudiannya disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat.Polis sebelum ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad pada Ahad lepas selepas selesai proses bedah siasat. - Bernama
Kes bunuh Irene Sofiya: Pelajar lelaki Tingkatan 4 disambung reman 6 hari

Key points
- BATU PAHAT - Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.
- Sebelum ini, remaja terbabit direman enam hari bermula 4 Oktober lepas bagi membantu siasatan berhubung kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.
- Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat dan rakan sekelas suspek ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng kira-kira 5.50 petang pada 3 Oktober lepas.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes bunuh pelajar: Polis tahan reman seorang remaja lelaki 6 hari
- Free Malaysia Today 2 remaja dituduh bunuh pelajar Tingkatan 2
- Sinar Harian Kes bunuh Irene Sofiya: Pelajar lelaki Tingkatan 4 disambung reman 6 hari (this story)








