MOSCOW/WASHINGTON: Russia menolak gesaan supaya lebih telus berhubung kematian seorang juruteknik makmal yang didakwa akibat wabak sampar di Siberia, ketika laporan me­ngenai kes jangkitan kedua mula muncul.

Badan pengawasan kesihatan awam Russia, Rospotrebnadzor berkata, hampir 5,000 ujian tidak mengesan patogen berbahaya dan pihaknya tidak melihat sebarang risiko wabak.

Moscow  menolak laporan mengenai kes kedua sampar disyaki berlaku di Siberia, malah turut menyifatkan kebanyakan laporan media sebagai palsu dan menegaskan pihaknya tidak mengetahui mengenai nota diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang secara rasmi meminta maklumat tambahan.

Rospotrebnadzor berkata, pihaknya tidak melihat sebarang risiko wabak susulan kematian seorang pekerja berusia 28 tahun di Institut Penyelidikan Anti-Sampar Irkutsk, Darya Shipilova yang meninggal du­nia minggu lalu di bandar Shelekhov berhampiran Irkutsk.