KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Subang Wong Chen menolak gesaan Hassan Karim supaya bekas rakan PKR tidak mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara peribadi.
Wong berkata beliau tidak bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR itu kerana pemimpin kerajaan perlu dipertanggungjawabkan atas keputusan mereka, terutama apabila timbul perkara wajar dipersoalkan.
Menurut Wong, Hassan mencadangkan supaya bekas pemimpin PKR sepertinya hanya mengkritik kerajaan dan tidak menyerang Anwar secara peribadi.
“Saya tidak akan mengikuti cadangan YB Hassan Karim,” katanya pada himpunan membantah lawatan ketua junta Myanmar, Min Aung Hlaing, di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), hari ini.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNazirHussinpressconference061026111_297543.png&w=480&output=webp&q=85&we)