KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor meminta Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengemukakan semula usul membahaskan isu jerebu selepas usul berkenaan ditolak pejabat speaker semalam.
Ramli berkata Khoo mempunyai tempoh 48 jam untuk menghantar semula usul itu bagi membolehkan ia dipertimbangkan, sambil mengakui isu jerebu penting kerana memberi kesan kepada rakyat di seluruh negara.
“Setiap hari kita menghadapi isu kesihatan, berkaitan persekolahan dan sebagainya (sehingga sekolah) ditutup.
“Bagi saya kalau speaker bersetuju, saya pun bersetuju. Tetapi untuk masa ini usul ditolak kerana menteri sumber asli dan kelestarian alam telah jawab isu jerebu pada Selasa lalu,” katanya di Dewan Rakyat.






