KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Petaling Jaya diisytiharkan kosong penyandangnya, Lee Chean Chung, meletakkan jawatan berkuat kuasa Jumaat lalu, susulan keputusan penggantungan keahliannya dalam PKR selama tiga tahun.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor, berkata Chean Chung sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada tarikh berkenaan.

"Yang Berhormat Ahli Parlimen Petaling Jaya sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua pada Jumaat (2 Oktober).

"Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga sudah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi Parlimen itu mengikut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.