KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung pada 2 Oktober.Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor memaklumkan perkara itu pada permulaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Isnin."Yang Dipertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Ahli Parlimen berkenaan selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.Pada 2 Oktober, Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya tanpa syarat sebagai Ahli Dewan Rakyat.Sementara itu, Ramli turut memaklumkan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berkuat kuasa pada 1 Oktober.Susulan itu, beliau berkata, Majlis Perkhidmatan Parlimen akan ditubuhkan dan bertanggungjawab bagi perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan Parlimen. - Bernama
SPR dimaklumkan kekosongan kerusi Parlimen Petaling Jaya - Timbalan Speaker

Key takeaways
The Speaker of the House of Representatives, Tan Sri Dr Johari Abdul, has informed the Election Commission of the vacancy of the Petaling Jaya Parliament seat.
- The vacancy was caused by Lee Chean Chung's resignation on October 2.
- Lee Chean Chung resigned as Member of Parliament without condition.
- The Election Commission has been informed of the vacancy under Article 54(1) of the Federal Constitution.
- The Parliamentary Services Act 2025 came into effect on October 1.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Lee Chean Chung letak jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya
- Utusan Malaysia SPR dimaklumkan kekosongan kerusi Parlimen Petaling Jaya
- Berita Harian Kerusi Parlimen PJ diisytihar kosong - Timbalan Speaker
- Sinar Harian SPR dimaklumkan kekosongan kerusi Parlimen Petaling Jaya - Timbalan Speaker (this story)








