PETALING JAYA: Bekas senator Dr RA Lingeshwaran berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth yang sebelum ini menolak saman fitnahnya terhadap Ketua Urimai, P Ramasamy.
Lingeshwaran berkata Hakim Mahkamah Tinggi Azlan Sulaiman mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 April lalu yang menolak samannya dan memerintahkannya membayar kos RM15,000.
Sebaliknya, mahkamah mengeluarkan perintah injunksi yang melarang Ramasamy daripada mengulangi atau menerbitkan semula kenyataan yang menjadi pertikaian dalam saman berkenaan.







