KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun menegaskan, kualiti kerja dan kebolehan membawakan diri dalam kalangan penggiat muzik nasyid adalah faktor utama untuk meraih penghormatan serta penilaian yang adil dalam industri hiburan.

Menurut Hafiz, 42, kejayaan sesebuah karya bukan diukur semata-mata menerusi pendedahan media atau mengejar populariti, sebaliknya kualiti hasil kerja itu sendiri yang akan membuka ruang dan peluang buat penggiat muzik berkenaan.

"Sebenarnya tidak kira sama ada kita ini dikenali atau tidak, kita jangan rasa tersisih jika tidak diberikan ruang. Kalau kita mahu mengejar populariti atau glamor semata-mata, benda itu akan datang sendiri tanpa perlu kita bersusah payah meraih perhatian.