KATHMANDU: Nepal mencadangkan supaya tempoh sedia ada yang menetapkan seseorang hanya boleh diisytiharkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang selama 12 tahun, dipendekkan kepada 45 hari, susulan banjir dahsyat melanda negara itu yang mengorbankan banyak nyawa.
Kabinet negara itu mengesyorkan supaya satu ordinan diisytiharkan bagi meminda undang-undang sedia ada dan menghapuskan halangan perundangan untuk mengisytiharkan orang hilang sebagai meninggal dunia.
Mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Singha Durbar itu memutuskan syor penggubalan ordinan bagi meminda beberapa undang-undang berkaitan bencana, termasuk memperkenalkan peruntukan bagi mengatasi halangan perundangan dalam pengisytiharan kematian orang hilang.









