Kuala Lumpur: Cadangan Kerajaan Nepal memendekkan tempoh pengesahan status undang-undang individu hilang akibat bencana daripada 12 tahun kepada 45 hari bakal membuka jalan bagi keluarga mangsa banjir di Rasuwagadhi menyelesaikan urusan perundangan, insurans dan pembahagian harta pusaka yang tertangguh.

Solidariti Malaysia: Keluarga Dalam Harapan (MASFIH) menyambut baik cadangan berkenaan yang disifatkan sebagai kelegaan besar kepada 54 keluarga yang berdepan tekanan emosi dan kewangan selepas 44 hari tragedi berlaku.

Jurucakap MASFIH Dr Manivannan Rethinam berkata, semua waris berharap ketetapan baharu itu dapat dikuatkuasakan segera demi memberikan kejelasan kepada waris rakyat Malaysia yang masih hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di sempadan Nepal-China pada 26 Ogos lalu.