PETALING JAYA – Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dilihat lengang, pagi ini susulan penutupan sekolah akibat keadaan jerebu yang semakin buruk, sekali gus mengubah rutin harian ibu bapa dan pengguna jalan raya.
Perkara itu dikongsikan orang ramai menerusi media sosial yang mendakwa perjalanan ke tempat kerja lebih lancar berbanding kebiasaan, terutama pada waktu puncak pagi ini.
Seorang pengguna Threads @mizsnaz, mempersoalkan keadaan jalan raya yang disifatkan luar biasa lengang berbanding hari biasa.
“Ramai orang cuti ke hari ni? Jalan macam lengang semacam je,” katanya.
Seorang lagi pengguna @hawadnan_ turut berkongsi pengalamannya melalui kawasan Kajang yang didakwa lengang selepas sekolah diarahkan tutup berikutan jerebu tebal.









