Apakah hukum menindik hidung bagi seorang perempuan?

JAWAPAN: HUKUM menindik hidung adalah haram menurut mazhab Syafi’i. Hal ini kerana perbuatan meletakkan barang kemas pada hidung bukan bentuk perhiasan yang menjadi kebiasaan masyarakat setempat.

Selain itu, pengharaman menindik hidung kerana unsur penyerupaan (tasyabbuh) tradisi agama lain yang berkait rapat dengan ritual keagamaan.

Budaya menindik hidung yang dilakukan bagi kecantikan atau simbolik sebenarnya berasal lebih dari 4,000 tahun lalu di Asia Barat dan India.

Ia juga dilakukan oleh masyarakat asli Amerika dan Australia. Wanita Afrika Utara secara tradisinya menindik hidung atas pelbagai sebab seperti menunjukkan status perkahwinan seseorang, menghormati dewi dan menunjukkan kekayaan.