Jakarta: Kejuaraan Dunia MotoGP 2026 bukan sekadar pertarungan antara Marc Marquez dan Jorge Martin, tanpa menafikan kehebatan Marco Bezzecchi, sebaliknya turut menyaksikan persaingan sengit antara dua pengeluar Itali, Ducati dan Aprilia.
Kedua-dua pengeluar itu bukan sahaja bersaing merebut gelaran dunia pelumba, malah turut memburu kejuaraan pengeluar. Menjelang perlumbaan di Indonesia, kedua-duanya terikat dalam kedudukan kejuaraan berkenaan.
Dua ketua bahagian perlumbaan masing-masing, Gigi Dall'Igna dari Ducati dan Massimo Rivola dari Aprilia, berkongsi pandangan mengenai persaingan itu di Mandalika.
"Setiap Kejuaraan Dunia berbeza, tetapi kali ini mungkin yang paling sukar," kata Dall'Igna, yang mengakui juara kelahiran Lleida itu sendiri menjadi pendorong kepada pasukan ketika berdepan saat paling mencabar.








