MAZATLÁN, MEXICO: Sepuluh orang maut, manakala lebih 12 orang lagi cedera selepas pergaduhan tercetus di penjara di negeri Sinaloa, Mexico, pada Khamis, menurut kerajaan tempatan.
Sekretariat Keselamatan Awam Sinaloa dalam kenyataan di platform X memaklumkan, "pergaduhan tercetus di dalam kawasan penjara itu" tanpa memberikan butiran lanjut mengenai punca kejadian.
Pasukan keselamatan dikerahkan dan berjaya mengawal semula keadaan, manakala wartawan AFP yang berada di lokasi menyaksikan ketibaan kenderaan berperisai dan beberapa ambulans.
Setiausaha Keselamatan Awam Sinaloa, Sinuhe Tellez, dalam video yang dimuat naik di media sosial berkata "sembilan banduan dan seorang kanak-kanak yang berkunjung ke penjara itu terkorban, manakala 16 banduan cedera".








