am@hmetro.com.my

Georgetown: Sekolah di Pulau Pinang masih beroperasi seperti biasa berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa, namun semua aktiviti luar ditangguhkan.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) dalam kenyataannya memaklumkan, pihak institusi pendidikan perlu mengambil tindakan wajar termasuk mengubah suai, menangguh atau membatal aktiviti luar bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan sentiasa terpelihara.

"JPNPP menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung kepentingan memelihara keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini.