Beijing: Iga Swiatek menyifatkan Novak Djokovic sebagai pemain luar biasa sehingga sukar dipercayai, malah mengakui dia berharap dapat terus menimba ilmu daripada pemain yang dianggapnya sebagai seorang pemain yang memiliki pukulan balas servis terbaik.

Tular video yang memaparkan pertemuan ringkas Djokovic dan Iga di gelanggang latihan menjelang Terbuka China di Beijing baru-baru ini.

Dalam video itu, pemain Serbia berusia 39 tahun berkenaan, yang sering dianggap antara pemain terbaik dalam aspek pemulangan servis, dilihat memberikan nasihat kepada pemain Poland berusia 25 tahun itu mengenai posisi badan ketika melakukan pukulan balas servis.

Selepas berkongsi ilmu dengan Iga, Djokovic menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dengan cemerlang apabila memenangi lima perlawanan di Beijing untuk meraih gelaran pertamanya musim ini.